Pengunduran Tentera, Gabenor Call cuba menyelesaikannya Perang Seminole Kedua

Serangan Seminoles pada rumah sekatan “blockhouse”

April 1836 tidak begitu baik bagi pihak Tentera. Pihak Seminoles telah menyerang sejumlah kubu, termasuk Kem Cooper di Teluk, Fort Alabama di Sungai Hillsborough, Hillsborough utara Fort Brooke, Fort Barnwell berhampiran Volusia, dan Fort Drane sendiri. Seminoles turut membakar kilang gula di ladang Clinch. Selepas itu, Clinch berhenti dari perlantikannya dan meninggalkan jajahan tersebut. Fort Alabama titinggalkan pada akhir April. Pada akhir May, Fort King turut ditinggalkan. Pada Jun tentera di rumah sekat “blockhouse” di Withlacoochee diselamatkan selepas dikepung oleh Seminoles selama 48 hari. Pada 23 Julai 1836, Seminoles menyerang rumah api Tanjung Florida, mencederakan pembantu penjaga yang bertanggung jawab dan membunuh pembantunya, dan membakar rumah api tersebut. Rumah api tersebut tidak dibaiki sehingga 1846. Fort Drane ditinggalkan pada Jun akibat penyakit, dengan lima dari tujuh pegawai dan 140 orang dalam daftar sakit. Tentera mengalami serangan penyakit yang teruk pada masa musim panas di Florida yang digelar musim sakit. Menjelang akhir bulan Ogos, Fort Defiance, di sempadan Prairie Alachua, turut ditinggalkan. Mendapati perperangan dijangka berpanjangan dan mahal, pihak Kongres meluluskan tambahan US$1.5 juta dan membenarkan sukarelawan untuk menyertai selama sehingga setahun.[29]

Richard Keith Call, yang memimpin sukarelawan Florida sebagai Brig. Jen. ketika Clinch bergerak ke Teluk Withlacoochee pada Disember, telah dilantik sebagai Gabenor jajahan Florida pada 16 March 1836. Gabenor Call mencadangkan kempen musim panas dengan menggunakan pasukan bersenjata dan sukarelawan dan bukannya pasukan Tentera biasa. Jabatan Perang bersetuju dengan cadangan ini, tetapi kelewatan dalam persediaan bererti kempen tidak bermula sehingga akhir bulan September. Desakan juga dibuat bagi menyerang Teluk Withlacoochee. Dia menghantar kebanyakan bekalannya di pantai barat semenanjung dan sehinga ke Withlacoochee bagi mendirikan pangkalan bekalan. Dengan bahagian utama orang-orangnya, dia bergerak ke Fort Drane yang telah ditinggalkan masa itu, dan kemudian ke Withlacoochee, yang mereka tiba pada 13 Oktober. Withlacoochee sedang banjir dan tidak boleh diseberangi. Pihak tentera tidak dapat membina rakit untuk menyeberang kerana mereka tidak membawa kapak bersama mereka. Tambahan lagi, pihak Seminoles di seberang sungai akan menembak mana-mana tentera yang kelihatan sepanjang sungai. Call kemudian berpaling ke barat sepanjang tebing utara sungai untuk sampai ke depoh bekalan. Bagaimanapun, kapal wap yang membawa bekalan telah tenggelam di bahagian bawah sungai dan depoh bekalan jauh di hilir dari tempat Call jangka ia berada. Kehabisan makanan, Call meminpin orang-orangnya kembali ke Fort Drane, satu lagi ekspedisi yang gagal terhadapTeluk.[30]

Kem Volusia atau Fort Barnwell di Sungai Saint Johns

Pada pertengahan -November Call cuba sekali lagi. Pasukannya berjaya menyeberangi Withlacoochee kali ini, tetapi mendapati Teluk itu ditinggalkan. Call membahagikan pasukannya, dan bergerak menghulu sungai (selatan) dari kedua belah. Pada 17 November, pihak Seminoles dihalau dari kem yang besar. Terdapat satu lagi pertempuran keesokkan harinya, dan pihak Seminoles dijangka menghala ke Paya Wahoo. Call menunggu untuk membawa lajur lain menyeberangi sungai sebelum memasuki Paya Wahoo pada 21 November. Pihak Seminoles menentang kemaraannya dalam Pertempuran Paya Wahoo, kerana keluarga mereka berhampiran, tetapi terpaksa berundur menyeberangi anak sungai. Major David Moniac, Creek darah campuran merupakan Peribumi Amerika pertama tamat dari Akademi Tentera Amerika Syarikat West Point, cuba menentukan kedalaman anak sungai tetapi ditembak oleh pihak Seminoles dan terbunuh.

Berhadapan dengan cabaran menyeberangi sungai yang tidak diketahui kedalamannya semasa ditembak, dan bekalan yang semakin berkurangan, Call berundur dan memimpin orangnya ke Volusia. Pada 9 Disember Call telah dilucut pemerintahannya dan digantikan oleh Maj. Jen. Thomas Jesup, yang memimpin pasukannya balik ke Fort Brooke. Kerahan sukarelawan tamat pada akhir Disember dan mereka kembali ke rumah masing-masing.[31]

Rujukan

WikiPedia: Perang Seminole Kedua http://www.palmbeachpost.com/news/content/local_ne... http://digitalcollections.fiu.edu/tequesta/files/1... http://www.history.army.mil/books/AMH/AMH-07.htm http://www.history.army.mil/books/AMH/amh-toc.htm http://www.history.navy.mil/wars/foabroad.htm http://web.archive.org/web/20070206182835/http://w... http://www.archive.org/details/soldiersofflorid00f... http://voneresearch.org/?pageID=maritime_history/c... http://replay.waybackmachine.org/20070624185615/ht... http://replay.waybackmachine.org/20070926204424/ht...